Telegram Group & Telegram Channel
"Orang nak buat baik, kenapa balas dengan jahat?" semakin galak kepala tersebut mengejek Anjang Tiamah.

Belum pun sempat Anjang Tiamah mahu bingkas bangun menyusuk duri semilang ke mata lembaga kepala manusia itu, dia dikejutkan oleh kilauan kilat memancar. Tercampak kepala mengheret usus itu melayang laksana belon terapung-apung akibat dipukul dengan cemati. Ketika ini Anjang Tiamah melihat neneknya Bidan Suh tercegat di atas pelantar bersama lelaki tua berjubah kuning. Lelaki berjubah kuning itu memegang cemeti hingga memancar kilauan seperti kilat apakala dia melibas ke kiri dan ke kanan.

"Kau nak ganggu cucu aku ye!" bentak Bidan Suh mencemik muka menahan rasa benci yang meluat.

Terkekeh-kekeh kepala mengheret usus perut itu ketawa mengejek bayangan Bidan Suh di pelantar rumah. Cepat-cepat pula dirembat oleh lelaki berjubah kuning itu dengan cemati di tangan berulang kali, sampai darah memercik di seluruh kepala itu.

"Tok Syeikh nak bunuh aku ke?" rungut kepala itu jatuh ke tanah. Dia bergolek bersama usus perut yang diheretnya.

"Kalau kau ganggu Tiamah, memang aku bunuh kau!" lelaki berjubah kuning yang dipanggil Tok Syeikh itu memberi amaran.

"Kenapa pula?" kepala yang tergolek itu terangkat sedikit dalam rengekan bergetar.

"Tiamah ni cucu Bidan Suh, aku yang jaga mereka!" ujar Tok Syeikh ingatkan kepala mengheret usus perut itu.

"Dia langgar pantang," beritahu kepala mengheret usus perut itu.

"Kali ini aku maafkan, lain kali kau jangan ganggu Tiamah!" Tok Syeikh tidak peduli apa pun permintaan kepala tersebut.

"Suruhlah Tiamah jangan berhanyir darah," lantas kepala tersebut menjelirkan lidah menjilat-jilat usus perutnya yang melambak di atas tanah.

"Aku tak peduli, jangan ganggu kata aku, janganlah kau ganggu!" sahut Tok Syeikh memukul kepala itu dengan cematinya.

Terjerit-jerit kepala itu menahan kesakitan akibat disebat berulang kali hingga berbekas calar melintang. Asal sahaja dia mengangkat kepalanya tinggi sedikit, cemati itu akan hinggap berdecap-decap. Kemudian perlahan-lahan lidahnya menjilat darah yang banyak mengalir dari kulit kepala.

"Janganlah buat aku macam ni Tok Syeikh," kepala itu merayu dalam rintihan memanjang. "Bukannya lama aku minta dia jangan berhanyir darah, sampai habis pantang orang bersalin tu, cukuplah," terketar-ketar kepala itu meminta belas kasihan sambil menjilat-jilat darah yang banyak mengalir.

"Bolehlah pantang macam tu," ujar Bidan Suh mencelah. "Tapi, kalau kau ganggu Tiamah, kami akan datang!" tegasnya terus melayang ke udara bersama Tok Syeikh.

Anjang Tiamah melihat kepala yang tergolek di tanah mengerling tajam ke arahnya. Dia melihat bibir kepala itu bergerak-gerak bagaikan mahu tersenyum seolah-olah dia berjaya memenuhi hajatnya sekali pun teruk dibelasah oleh Tok Syeikh.

"Nasib baiklah kau cucu Bidan Suh!" gerutu kepala mengheret perut usus itu mengeluh panjang.

Tetapi Anjang Tiamah tidak menyahut. Lantas dilontarkannya duri semilang ke arah usus yang berjela-jela melambak di alas tanah. Ketika inilah Lebai Timin berdiri di pintu dapur memerhatikan isterinya merungut-rungut tidak menentu dengan tangannya masih memegang pisau menyiang ikan semilang.

Tidak sempat ikan semilang itu dimasak gulai asam pedas, terpaksa Lebai Timin memapah isterinya masuk ke dalam. BiarIah ikan semilang tidak habis disiang itu disungkup di bawah besen dulu. Dia perlu selamatkan isterinya yang merungut-rungut tidak menentu itu.

Lebai Timin tahu isterinya tidak ingat apa-apa ketika itu. Lantas sahaja dia memanggil Sahak Domeh supaya beritahu jiran-jiran. Kalau jiran-jiran berkumpul macam-macam boleh di ikhtiarkan. Bila ramai yang berikan pandangan, tentu mudah mahu ubatkan Anjang Tiamah yang merungut-rungut tidak menentu.

Masakan Lebai Timin mahu jemput bomoh kalau sekadar isterinya merungut-rungut demikian. Sahak Domeh juga tidak boleh berkeras mahu menghantar emaknya ke hospital. Lagipun dalam masa perintah orang putih siapa pun tidak mahu jejak kaki ke hospital yang jauh dari kampung halaman mereka.

tg-me.com/BercakapDenganJin/6075
Create:
Last Update:

BY Kisah Seram www.tg-me.com/ms/Kisah Seram t me BercakapDenganJin/com.BercakapDenganJin

Warning: Undefined variable $i in /var/www/tg-me/post.php on line 280

Share with your friend now:
tg-me.com/BercakapDenganJin/6075

View MORE
Open in Telegram

Kisah Seram t me BercakapDenganJin Telegram | DID YOU KNOW?

Date: |

The lead from Wall Street offers little clarity as the major averages opened lower on Friday and then bounced back and forth across the unchanged line, finally finishing mixed and little changed.The Dow added 33.18 points or 0.10 percent to finish at 34,798.00, while the NASDAQ eased 4.54 points or 0.03 percent to close at 15,047.70 and the S&P 500 rose 6.50 points or 0.15 percent to end at 4,455.48. For the week, the Dow rose 0.6 percent, the NASDAQ added 0.1 percent and the S&P gained 0.5 percent.The lackluster performance on Wall Street came on uncertainty about the outlook for the markets following recent volatility.

Telegram Auto-Delete Messages in Any Chat

Some messages aren’t supposed to last forever. There are some Telegram groups and conversations where it’s best if messages are automatically deleted in a day or a week. Here’s how to auto-delete messages in any Telegram chat. You can enable the auto-delete feature on a per-chat basis. It works for both one-on-one conversations and group chats. Previously, you needed to use the Secret Chat feature to automatically delete messages after a set time. At the time of writing, you can choose to automatically delete messages after a day or a week. Telegram starts the timer once they are sent, not after they are read. This won’t affect the messages that were sent before enabling the feature.

Kisah Seram t me BercakapDenganJin from ms

Telegram Kisah Seram www.tg-me.com/ms/Kisah Seram t me BercakapDenganJin/com.BercakapDenganJin
FROM USA